Jan 18, 2009

PENDAFTARAN MURIDPRASEKOLAH TAQWA SESI 2009

Pendaftaran murid prasekolah pada tahun ini diadakan pada 1hb Januari 2009.Seramai 20 orang murid telah mendaftar pada hari tersebut.Ibu bapa serta anak-anak prasekolah telah hadir dalam satu majlis ringkas yang diadakan.Ia bermula pada jam 8.30am dan berakhir pada pukul 10.00am.Pada hari tersebut ibu bapa murid telah diberi penerangan serba ringkas tentang pengurusan prasekolah oleh guru prasekolah.Selepas sesi taklimat, diadakan sesi pendaftaran murid prasekolah.Selepas itu para tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan.Semoga pada tahun ini Prasekolah Taqwa Sk Tunjuk Laut akan beroleh kejayaan.

Nov 5, 2008

Hari Konvoksyen Prasekolah

Majlis ini akan dijalankan pada hari Ahad ini bersamaan 9hb November 2008.Majlis diadakan bersama-sama dengan majlis Hari Anugerah Pelajar SKTL.Seramai 22 orang murid prasekolah akan menerima sijil pada hari tersebut.

Oct 28, 2008

Kursus Blogger

Pada 28 hingga 29 Oktober yang lalu telah diadakan satu kursus membina laman blog bagi guru-guru prasekolah daerah Kota Tinggi.Kursus ini yang dianjurkan oleh Unit Prasekolah PPD Daerah Kota Tinggi.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru prasekolah cara-cara membina laman blog.Walaupun topik yang diajar adalah asas kepada pembinaan laman blog namun ia amat bermakna kerana guru-guru prasekolah daerah Kota Tinggi boleh berkongsi maklumat melalui laman blog ini.Kursus ini disampaikan oleh Pn.Fauziah iaitu salah seorang tenaga pengajar prasekolah.

Penyeri Hidup












Nursufiah & Amat

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Pada 28hb Oktober 2008 telah diadakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah.Murid Prasekolah SKTL telah sama-sama menjayakan sambutan ini.Pada majlis ini mereka telah mempersembahkan tarian hari raya.Murid ini telah dilatih oleh pembantu pra.Persembahan mereka mendapat sambutan yang hangat daripada warga SKTL.

Sejarah Prasekolah SK Tunjuk Laut


Ditubuhkan pada tahun 2008.Mempunyai seramai 22 orang murid dan diajar oleh guru pemulihan iaitu Cikgu Sharom sebelum diambil alih oleh guru prasekolah iaitu Cikgu Zailirudin mulai 1hb.April 2008.Kelas ini diberi nama PraTaqwa.Bangunan prasekolah ini terdiri daripada sebuah bangunan yang berasingan dengan blok sekolah yang lain.Pada masa kini terdapat seramai 18 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan yang mengikut kelas prasekolah.