Oct 28, 2008

Kursus Blogger

Pada 28 hingga 29 Oktober yang lalu telah diadakan satu kursus membina laman blog bagi guru-guru prasekolah daerah Kota Tinggi.Kursus ini yang dianjurkan oleh Unit Prasekolah PPD Daerah Kota Tinggi.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru-guru prasekolah cara-cara membina laman blog.Walaupun topik yang diajar adalah asas kepada pembinaan laman blog namun ia amat bermakna kerana guru-guru prasekolah daerah Kota Tinggi boleh berkongsi maklumat melalui laman blog ini.Kursus ini disampaikan oleh Pn.Fauziah iaitu salah seorang tenaga pengajar prasekolah.

1 comment:

Mohd Zailirudin Abdul Aziz said...

Kursus ini amat menarik dan perlu dipertingkatkan lagi agar guru lebih mahir menggunakan blog.